Ketua Cawangan

Ketua Cawangan
Sudarta Amnan

Saturday, April 24, 2010

Kursus membina blok siri ke 2

Assalamualaikum. Hari ini adalah hari mengundi di Hulu Selangor. Namun UMNO bahagian Sabak Bernam telah mengambil ketetapan untuk meneruskan kursus membina blok siri ke 2 mengikut jadual yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun kami semua tetap mendoakan kejayaan Barisan Nasional di Hulu Selangor pada Pilihan Raya Kecil Parlimen. Kursus membina blok ini adalah merupakan titik permulaan kepada semua UMNO cawangan Sabak Bernam menuju ke arah teknologi maklumat yang mana ianya merupakan satu keperluan yang amat bermakna. Harapan agar kursus sebegini akan menjadi satu contoh kepada UMNO cawangan-cawangan yang lain sebagaimana saranan Perdana Menteri. Kejayaan UMNO / Barisan Nasional akan menjadikan perintis kepada kejayaan Malaysia pada masa akan datang. Pelbagai maklumat akan dapat disalurkan melalui ICT dengan cepat, telus dan berkesan. Tanpa ICT komputer umpama sebuah mesin taip. UMNO.... DULU, KINI DAN SELAMANYA.......

No comments:

Post a Comment