Ketua Cawangan

Ketua Cawangan
Sudarta Amnan

Saturday, April 24, 2010

Gotong Royong SKTR

15 Mei 2010 PIBG Sek. Keb. Teluk Ru akan mengadakan gotong royong bersama ibubapa penjaga bagi mengindahkan kawasan sekolah. Semua bekas pelajar / pelajar / ibubapa dan penjaga adalah dialu-alukan untuk menghadiri program ini bagi mengeratkan hubungan yang telah sedia terjalin.Sekolah ini telah merupakan antara sekolah yang mencapai keputusan peperiksaan yang amat membanggakan yang mana mendapat tempat 5 terbaik daerah Sabak Bernam. Kerjasama dari pihak bekas pelajar, pelajar, ibubapa dan penjaga amat dialu-alukan bagi memeriahkan serta menjayakan program yang telah disusun oleh pihak PIBG dan Sekolah Keb. Teluk Ru.

Kursus membina blok siri ke 2

Assalamualaikum. Hari ini adalah hari mengundi di Hulu Selangor. Namun UMNO bahagian Sabak Bernam telah mengambil ketetapan untuk meneruskan kursus membina blok siri ke 2 mengikut jadual yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun kami semua tetap mendoakan kejayaan Barisan Nasional di Hulu Selangor pada Pilihan Raya Kecil Parlimen. Kursus membina blok ini adalah merupakan titik permulaan kepada semua UMNO cawangan Sabak Bernam menuju ke arah teknologi maklumat yang mana ianya merupakan satu keperluan yang amat bermakna. Harapan agar kursus sebegini akan menjadi satu contoh kepada UMNO cawangan-cawangan yang lain sebagaimana saranan Perdana Menteri. Kejayaan UMNO / Barisan Nasional akan menjadikan perintis kepada kejayaan Malaysia pada masa akan datang. Pelbagai maklumat akan dapat disalurkan melalui ICT dengan cepat, telus dan berkesan. Tanpa ICT komputer umpama sebuah mesin taip. UMNO.... DULU, KINI DAN SELAMANYA.......